Official Launch of the MCMC Microsoft AI TEACH Programme:
The MCMC Microsoft AI TEACH Programme was officially launched on 20th June 2024 at EQ Hotel by the Minister of Communications, YB Fahmi Fadzil. The event featured the exchange of a Memorandum of Understanding (MoU) between MCMC and Microsoft Malaysia, marking the formal commencement of this significant initiative. The launch was attended by participants from various underserved communities, including individuals with disabilities, members of the B40 group, and the unemployed. This event signals the start of a nationwide rollout, with over 151 participants having already received training during the pre-launch phase.
Overview of the MCMC Microsoft AI TEACH Programme:
The MCMC Microsoft AI TEACH Programme is an innovative collaboration between the Malaysian Communications & Multimedia Commission (MCMC) and Microsoft Malaysia, implemented by the Biji-biji Initiative (BBI). The programme is designed to provide AI training and career development opportunities for underserved individuals aged 18 and above, particularly those living near National Information Dissemination Centres (NADI). Its primary focus is to equip participants with practical AI skills, prepare them for roles in the digital economy, and foster both personal and professional growth, thereby enhancing their employability and driving inclusive economic growth. The program covers four main modules: Introduction to AI, Introduction to Generative AI, Using AI to Enhance Employability and Ethical Use of AI. To date, the program has successfully trained 488 individuals out of a target of 1,600 with launches including Perak and Pulau Pinang.
Programme Highlights:
- Empowerment Through Education:
The programme seeks to empower 1,600 individuals by offering comprehensive AI training through workshops and hands-on learning experiences. This will equip participants with the necessary skills to succeed in a technology-driven future. - Employment Opportunities:
The initiative aims to create pathways for 1,000 Malaysians to access employment opportunities, ensuring that no community is left behind in the fast-evolving tech landscape, and supporting inclusive growth across the nation.
This initiative not only underscores the importance of equipping underserved communities with AI skills but also reinforces Malaysia’s commitment to fostering a digitally inclusive economy.
Pelancaran Rasmi Program MCMC Microsoft AI TEACH:
Program MCMC Microsoft AI TEACH telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2024 di EQ Hotel oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil. Acara ini menampilkan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MCMC dan Microsoft Malaysia, menandakan permulaan rasmi inisiatif penting ini. Pelancaran ini dihadiri oleh peserta dari pelbagai komuniti yang kurang bernasib baik, termasuk individu kurang upaya, ahli kumpulan B40, dan penganggur. Acara ini menandakan permulaan pelaksanaan di seluruh negara, denganD lebih daripada 151 peserta telah menerima latihan semasa fasa pra-pelancaran.
Gambaran Keseluruhan Program MCMC Microsoft AI TEACH:
Program MCMC Microsoft AI TEACH adalah kerjasama inovatif antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Microsoft Malaysia, yang dilaksanakan oleh Biji-biji Initiative (BBI). Program ini direka untuk menyediakan latihan AI dan peluang pembangunan kerjaya untuk golongan rentan yang berumur 18 tahun ke atas, terutamanya mereka yang tinggal berhampiran Pusat Penyebaran Maklumat Nasional (NADI). Fokus utamanya adalah untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran AI praktikal, mempersiapkan mereka untuk peranan dalam ekonomi digital, dan memupuk pertumbuhan peribadi dan profesional, dengan itu meningkatkan kebolehpasaran mereka dan memacu pertumbuhan ekonomi inklusif. Program ini merangkumi empat modul utama: Pengenalan kepada AI, Pengenalan kepada AI Generatif, Penggunaan AI untuk Meningkatkan Kebolehpasaran dan Penggunaan AI yang Beretika. Setakat ini, 488 individu telah berjaya dilatih daripada sasaran 1,600 individu. Pelancaran program ini telah diadakan di beberapa negeri termasuk Perak dan Pulau Pinang.
Sorotan Program:
Pemberdayaan Melalui Pendidikan:
Program ini bertujuan untuk memberdayakan 1,600 individu dengan menawarkan latihan AI yang komprehensif melalui bengkel dan pengalaman pembelajaran praktikal. Ini akan melengkapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam masa depan yang didorong oleh teknologi.
Peluang Pekerjaan:
Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan laluan bagi 1,000 rakyat Malaysia untuk mengakses peluang pekerjaan, memastikan tiada komuniti yang ketinggalan dalam landskap teknologi yang berkembang pesat, dan menyokong pertumbuhan inklusif di seluruh negara.
Inisiatif ini bukan sahaja menekankan kepentingan melengkapkan komuniti yang kurang bernasib baik dengan kemahiran AI tetapi juga mengukuhkan komitmen Malaysia untuk memupuk ekonomi digital yang inklusif.
Appendix
Group picture with the participant from Digital Perak’s Innovation and Multimedia Hub (HiM)
Participants joining from UTP’s computer lab
Group picture with the participants from NADI Sg Pinang, Pulau Pinang
Participants from NADI JAWI, Pulau Pinang